Isnin, 15 Jun 2009

Jantung Dan Air Suam

Serangan Jantung Dan Minum Air Suam

Fakta ini sangat bagus.
Bukan semata-mata berkenaan air suam, tetapi berkenaan Serangan Jantung
Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan .

Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan.

Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.

Petanda Lazim Serangan Jantung

Amaran berkenaan serangan jantung – Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri . Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.

Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.

Selasa, 26 Mei 2009

Elak kehilangan anak

Elak kehilangan anak

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com

Meningitis merupakan satu penyakit yang serius dan boleh menyebabkan kematian. Malangnya masih ramai ibu bapa di Malaysia mengabaikannya.



PADA Oktober tahun 2008, bapa muda yang hanya ingin dikenali Low melepaskan dengan gembira dua anak kesayangan Low Lui Lui, 2 dan Low Chai Chai, 18 bulan, terbang bersama isteri beliau untuk melawat keluarga mereka di England.

Bapa berusia 30 tahun dari Kepong, Kuala Lumpur itu tidak menyangka itulah lambaian dan ciuman terakhir anak bongsunya dalam satu percutian yang sangat tragis dan memberi kesan mendalam dalam hidupnya.

Bermula dengan batuk dan hidung berair, Chai Chai kembali sihat selepas diberikan ubat oleh doktor. Pada hari terakhir di England, Chai Chai masih cergas dan aktif. Bahkan, isterinya menidurkan Chai Chai tanpa sebarang tanda-tanda penyakit.

AWAS jika anak anda mengalami simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan lebam-lebam.



Namun, sekitar pukul 1 pagi pada 6 November tahun yang sama, tiba-tiba isteri beliau mendapati anak lelaki mereka berada dalam keadaan pucat dan sangat lemah. Chai Chai dikejarkan ke Hospital Bath di England, namun doktor tidak dapat menyelamatkannya. Chai Chai disahkan meninggal dunia pada pukul 2.19 pagi.

"Menyambut isteri dan Lui Lui di lapangan terbang tanpa Chai Chai di sisi cukup menyedihkan. Namun, apa yang menyebabkan saya lebih sedih dan kesal ialah apabila Chai Chai meninggal dunia hanya kerana saya berkira sangat dengan wang RM300," luah Low ketika ditemui Kosmo!.

Namun, penyesalan Low tidak berguna biarpun kali ini dia sanggup mengeluarkan belanja sehingga RM30,000.

"Doktor pernah menyarankan supaya anak saya, Chai Chai mengambil suntikan vaksin pneumokokus yang berharga RM300. Tetapi, kerana ia agak mahal dan tidak wajib, saya tidak mengambil suntikan itu untuk Chai Chai," cerita Low.

Hasil ujian darah dan cecair serebrospina (CSF) yang dilakukan, doktor mengesahkan bayi comel itu meninggal dunia disebabkan meningitis pneumokokus dan septisemia.

LUMBAR punktur merupakan salah satu cara untuk mendiagnosis cecair selaput otak.




Enggan peristiwa itu berulang, Low membuat keputusan untuk mengambil suntikan vaksin pneumokokus untuk anak perempuan sulungnya.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi dan Pediatrik, Pusat Perubatan KPJ Selangor, Datuk Dr. Zulkifli Ismail, jika kanak-kanak menghidap meningitis lambat menerima rawatan kebarangkalian untuk pulih sepenuhnya adalah tipis.

"Berkemungkinan besar ketika itu organ-organ mereka terutama otak telah pun mengalami kerosakan yang teruk.

"Meningitis lebih berbahaya sekiranya ia menyerang kanak-kanak atau bayi. Ini kerana, kanak-kanak atau bayi yang diserang meningitis tidak mempunyai antibodi yang tinggi untuk melawan penyakit tersebut.

Zulkifli berkata, jika ibu bapa dapat mengenal pasti simptom anak-anak mereka yang diserang meningitis dan segera mendapatkan rawatan di hospital kanak-kanak tersebut boleh pulih seperti sediakala.

Namun dengan simptom seperti demam, enggan minum, mengalami sakit kepala, menangis berterusan dalam nada yang nyaring, muntah, ruam dan lebam-lebam, biasanya bukan mudah untuk ibu bapa mengesan penyakit itu.

Ujarnya, jika kanak-kanak berumur kurang dua tahun, agak sukar untuk menentukan sama ada mereka terkena meningitis atau penyakit lain.

Sebaliknya, bagi kanak-kanak berusia lebih dua tahun, penyakit itu boleh dikesan melalui tengkuknya yang tegang dan mereka mengadu kesakitan ketika tunduk.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan sehingga kini kesedaran di kalangan ibu bapa tentang kepentingan vaksinasi masih rendah.

Hasil penyelidikan Wyeth (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat farmaseutikal, pemakanan dan penjagaan kesihatan, mendapati, hanya sekitar enam peratus ibu bapa yang memberitahu anak-anak perlu menerima suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakannya hanya menyebut tentang polio, campak dan beguk.

"Apabila anak dibawa ke klinik atau hospital, doktor menyarankan agar anak tersebut diberikan suntikan vaksin pneumokokus. Kebanyakan ibu bapa akan melengahkan saranan doktor kerana berpendapat suntikan tersebut mahal dan tidak wajib.

"Malangnya, apabila keadaan anak di peringkat yang teruk, baru mereka membawa anak ke hospital untuk rawatan. Namun, pada masa itu mungkin mereka boleh diselamatkan atau organ-organ dalaman tubuh mereka telah rosak," katanya mengenai bahaya penyakit itu.

Meningitis merupakan radang pada bahagian meninges iaitu selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit boleh terjadi atas dua sebab iaitu jangkitan virus atau bakteria.

KANAK-KANAK menghidap meningitis yang lambat menerima rawatan berdepan dengan risiko kematian.



Meningitis daripada virus lazimnya kurang teruk dan boleh pulih tanpa rawatan spesifik.

Namun, meningitis kerana serangan bakteria biasanya agak serius dan mungkin membawa kepada kerosakan otak, hilang pendengaran, kurang upaya dalam pembelajaran dan yang paling menakutkan membawa maut.

Tambah Zulkifli, kebiasaannya terdapat tiga jenis bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis iaitu Streptokokus pneumonia, Hemophilus influenza dan Neiseria meningitis.

LOW mahu ibu bapa lain mengambil iktibar daripada pengalaman yang dilaluinya. Dia kehilangan anaknya kerana meningitis.



Penyebab lain penyakit meningitis ialah enterovirus, kumpulan coxsackie A dan B, virus polio, beguk, campak, herpes simplex, varisela , streptokokus pnemonia dan pneumokokus.

Bakteria meningitis yang paling berbahaya adalah disebabkan oleh neiseria meningitis atau meningokokus. Kedua-dua bakteria itu tersebar melalui udara atau sentuhan langsung dengan pembawa atau penghidapnya.

Dari saluran pernafasan ia memasuki saluran darah dan menyebabkan septisemia (keracunan darah) yang teruk dan terus ke otak lalu menyebabkan meningitis.

Zulkifli memberitahu, kebanyakan bayi yang menghidap meningitis dijangkiti daripada ibu bapa, adik-beradik atau saudara-mara semasa berada di rumah.

ILUSTRASI menunjukkan otak yang normal (A) dan otak yang dijangkiti bakteria meningitis.



Selain itu, jangkitan di luar contohnya sewaktu membeli-belah di pasar raya tetap boleh menjadi cara penyebaran.

"Mereka juga mungkin hanya selesema atau batuk sedikit tetapi ia boleh menjangkiti kanak-kanak lain melalui kuman yang merebak dari saluran pernafasan ke selaput otak," katanya.

Oleh kerana bukan mudah untuk menyekat pendedahan anak-anak terhadap ciuman atau sentuhan ahli keluarga atau orang luar, luahan hati Low mengenai vaksinasi wajar menjadi iktibar.

Selasa, 19 Mei 2009

Penyakit yang Sering diHadapi Lelaki

PENYAKIT-PENYAKIT YANG SERING DIHIDAPI LELAKI

LAPORAN tahunan dari Hospital Universiti di Petaling Jaya mengenal pasti bahawa penyakit jantung mendahului senarai bilangan kematian setiap tahun berbanding penyakit-penyakit lain. Bilangan pesakit jantung semakin meningkat 5% dari tahun 1991 sehingga 1992. Selain dari penyakit jantung, terdapat enam penyakit lain yang sering mengancam lelaki dan menyebabkan kematian. Antaranya adalah barah, bush pinggang, tyroid dan kencing manis.

Sesetengah penyakit serius ini boleh dirawat dan disembuhkan jika mendapat rawatan awal. Lelaki disarankan membuat pemeriksaan doktor sekurang-kurangnya dua kali setahun memandangkan terdapat penyakit yang tidak dapat dikesan,tanpa pemeriksaan doktor. Pengamalan hidup yang sihat membantu lelaki dari penyakit- penyakit bahaya. Jika anda mengalami tanda-tanda di bawah, segeralah mendapatkan pemeriksaan doktor untok kepastian.

PENYAKIT JANTUNG

Awas! Penyakit ini juga menjadi pembunuh nombor satu lelaki selain daripada kemalangan di jalan raya. Nisbah lelaki mengidap penyakit jantung berbanding perempuan ialah 5:1. Penyakit jantung lebih menyerang lelaki kerana tubuh wanita mengandungi sejenis hormon perlindungan yang disebut oestrogen. Hormon ini berFungsi mengekalkan saiz salur darah dalam keadaan normal. Walaupun demikian, wanita yang merokok dan mengalami sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit kencing manis juga berpotensi mendapat sakit jantung seperti lelaki. Namun bagi perempuan yang tidak merokok dan tidak mengalami sebarang masalah kencing manis, peluang mendapat penyakit ini tipis berbanding lelaki.

PUNCA PENYAKIT

  • Kencing manis dan darah tinggi

Kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi berpotensi mendapat penyakit jantung. Pengidap penyakit kencing manis sering mengalami kekurangan kandungan insulin di dalam badan. Akibatnya lemak di dalam badan sukar dihancurkan sewaktu metabolisma. Salur darah menjadi sempit dan mengurangkan bekalan darah ke jantung.

Tekanan darah tinggi pula menyebabkan jantung bekeria lebih teruk dan menjadikannya lebih besar. Akibatnya, bekalan oksigen ke jantung tidak mencukupi apabila saiz jantung membesar dan menyebabkan otot-otot jantung tidak dapat berfungsi dengan baik.

  • Keturunan

Faktor keturunan juga menjadi punca penyakit ini. Jika ibu atau ayah mengidap penyakit jantung, anak-anak juga berisiko mengidap penyakit yang sama.

  • Diet

Tabiat pemakanan amat mempengaruhi kesihatan jantung. Pengambilan lemak yang berlebihan menjadi punca utama menyebabkan saluran darah sempit dan menyukarkan bekalan darah ke jantung.

  • Alkohol

Alkohol juga menjadi musuh kepada kesihatan jantung. Alkohol menyebabkan pertukaran lemak di dalam badan. Alkohol boleh memusnah lemak HDL (Hudensity Lipoprotein) di dalam badan. Lemak HDL adalah dari sayur-sayuran yang penting dan baik untuk kesihatan badan. Alkohol menyebakan lemak HDL bertukar menjadi LDL (Lowdensity Lipoprotein). Lemak LDL dikenali juga lemak kurang baik dan ia tidak diperlukan sangat.

  • Merokok

Amalan merokok menyebabkan paru-paru yang bertugas membekalkan oksigen tidak dapat bertugas dengan baik dan boleh menjejaskan bekalan oksigen dalam badan. Apabila bekalan oksigen berkurangan, secara langsung ia menjejaskan kesihatan jantung.

  • Tidak aktif

Senaman dan aktiviti luaran yang sihat perlu untuk jantung anda. Aktiviti senaman menyebabkan jantung bertugas dengan lebih aktif dan membakar lemak-lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Oleh yang demikian senaman seperti jogging, berenang dan lain-lainnya juga perlu untuk mengelakkan penyakit ini.

Tanda-tanda penyakit :

1. Selalu mengalami rasa kesakitan di bahagian dada
2. Sering berpeluh dengan banyak. Mereka berpeluh dengan cara yang tidak normal
3. Mereka juga sering merasa pening dan muntah-muntah

Cara mencegahaya:

1. Lakukan senaman dengan teratur
2.Sekiranya ada darah tinggi atau kencing manis, dapatkan rawatan segera.
3. Bagi peminum dan perokok, hentikan tabiat buruk ini secepat mungkin
4. Jangan lali mengadakan pemeriksaan doktor setiap tahun.
5. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, usahakanlah untuk mengurangkan berat badan.

Sekiranya mahu mengurangkan berat badan, lakukan dengan wajar. Lakukan senaman dan kurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak. Jangan sesekali menggunakan pil atau sebarang ubat untuk mengurangkan berat badan. Ini kerana sebarang pil kurus ada kesan sampingan yang kurang baik untuk tubuh badan anda.

BARAH

Nisbah penyakit barah yang dihidapi oleh lelaki termasuklah barah paru-paru, barah darah (leukemia) dan barah tekak.

PUNCA PENYAKIT

Punca utama barah paru-paru ialah merokok dan pendedahan kepada debu yang mengandungi silika dan karbon dioksida termasuklah asap-asap kenderaan dan asap kilang.

Manakala punca bagi penyakit barah darah masih tidak diketahui punca-puncanya. Penyakit barah tekak pula cuma menyerang di kalangan bangsa Cina. Ia disebabkan oleh keturunan dan virus.

Tanda-tanda penyakit Barah Paru-paru

  • Batuk yang tidak putus-putus
  • Batuk yang disertai darah
  • Berat badan yang menurun dan badan yang menjadi kurus

Hentikan tabiat merokok. Ikutilah etika kehidupan yang sihat. Gunakan pelindung untuk menghindari dan mengelakkan diri dari tersedut udara yang mengandungi silika dan karbon dioksida.

Pengidap penyakit ini masih boleh dirawat lebih awal. Apabila usia sudah mencecah 40 tahun, ada baiknya sering berjumpa doktor. Jika berlaku sebarang pendarahan, segeralah berjumpa doktor.

Rawatannya

Rawatan awal dibuat melalui pemeriksaan X-ray. Sekiranya penyakit ini lewat di rawat, peluang untuk sembuh adalah tipis.

Tanda-tanda penyakit Barah Darah:

  • Demam yang berulang-ulang
  • Seringkali berlaku pendarahan
  • Darah keluar dari liang-liang bulu roma, hidung dan telinga.
  • Kulit mudah menjadi lebam dan senang membengkak

Tanda-tanda penyakit Barah Tekok

  • Hidung sering berdarah
  • Keupayaan pendengaran berkurangan
  • Leher menjadi bengkak.

Penyakit ini tidak dapat dirawat sehingga sembuh. la hanya boleh dikawal sahaja.

Rawatannya

Ada beberapa jenis leukimia boleh disembuhkan ngan ubat dan rawatan doktor. Ada juga jenis leukin yang tidak dapat disembuhkan.

SERI DEWI & KELUARGA, JUN 1996, M/s 111-112

Isnin, 4 Mei 2009

Larangan Riba

Ayat Al Quran Mengenai Larangan Riba

Firman Allah dalam surah Al Baqarah, maksudnya:
  • 275. Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
  • 276. Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.
  • 277. Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
  • 278. Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
  • 279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.
  • 280. Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).
  • 281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Isnin, 20 April 2009

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh..

apa khabar teman2,,? moga hidup sentiasa disinari nur iman.

ni post pertama aku berbloging, xda topik apa2 pun entry yg pertama ni. sekadar berbasa basi.
aku tgk budak2 sekolah banyak yang ada blog,, design lawa2 lak tu. tu yang cuba-cuba buat blog gak. kalau nampak cam berjaya, aku teruskan la.. kalau x berjaya aku nak pulun bagi berjaya gak la. mesti ada strategi camna nk cari pelawat, nak masukkan blog dalam list. nak naikkan ranking blog la katakan..

aku ni budak baru belaja,, kalau ada sapa-sapa yang nak tolong aku dalam dunia blog ni sangat2 dialu-alukan.. kalau xnak tolong terpaksa la aku cari sendiri.. adooiiss,, sedih2..
harap-harap ada la yang sudi memberi bantuan. aku ngaku,, memang xreti.

aku da cuba beli ebook panduan buat blog, aku ikut panduan tu la.. ada yang aku xreti nak ikut,,huhu.

harap-harap ada la hero-hero yang sudi bagi tunjuk ajar..
sekian dulu untuk 1st post nih..
salah silap harap dimaafi..
wassalam.